KINI DAFTAR UPAH HAJI

lebih mudah dengan upahhajionline.com

upah haji online
Konsep kami adalah untuk memudahkan waris bagi melaksanakan upah haji untuk keluarga tersayang dengan lebih mudah walau dimana anda berada.
FIRDAUS EXCELLENCE RESOURCES atau nama yang cukup sinonim di alam maya dikenali sebagai “upah haji online” . Kami adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM (No Pendaftaran: 002328179-W) yang terlibat dalam pelbagai perkhidmatan perniagaan yang berkonsepkan perkhidmatan atas talian dan di luar talian.

FIRDAUS EXCELLENCE RESOURCES adalah satu cetusan satu idea dari Encik Muhammad Amir Bin Che Mat Hadzer selaku Pengurus Operasi yang mempunyai minat dan pengalaman yang mendalam dalam bidang ini.

Pihak kami bertanggungjawab membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji untuk arwah ibu/bapa, saudara mara terdekat, orang tua yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami juga bersedia bertemu dengan anda jika anda tinggal di sekitar kawasan Setapak sekiranya perlu. Bagi anda yang tinggal di luar kawasan tersebut, jangan khuatir kerana anda masih boleh berurusan dengan kami melalui sistem online. Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk datang ke pejabat kami terutama bagi mereka yang terikat dengan tugas dan pelbagai aktiviti harian.

Objektif kami adalah memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan memenuhi kepuasan setiap pelanggan bersesuaian dengan pengharapan mereka yang inginkan kemudahan dan keselesaan semasa berurusan dengan kami.

Kami juga mempelawa kepada semua golongan yang berminat untuk menjadi agen upah haji kami bagi setiap negeri. Anda yang berminat boleh hubungi :
013-4647467 (En.Amir) / 03-41418263
Copyright @ 2015 Upah haji Online All Right Reserved